Even the former Pope, Pope Benedict XVI use the word "Al-Rabb" to blessed Arabic speaker Christians in Arab world, not the word "Allah"
Artikel ini dikeluarkan buat renungan kepada umat Islam yang masih "keliru" berkenaan isu tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam atau yang masih meletakkan kepentingan politik melebihi kepentingan Islam keseluruhannya. SEBARKAN!
1.
Tuntutan
penggunaan kalimah Allah oleh sebahagian penganut Kristian di Malaysia bukannya
berkaitan dengan isu halangan atau sekatan terhadap hak penganut Kristian untuk
mengamalkan ajaran dan kepercayaan mereka yang dijamin di bawah Perkara 11
Perlembagaan Persekutuan. Tetapi sebenarnya soal linguistik iaitu kesilapan
terjemahan perkataan ‘God’ di dalam
Bahasa Inggeris yang diterjemah sebagai ‘Allah’ di dalam Bible sedangkan
terjemahan yang tepat di dalam Bahasa Melayu ialah ‘Tuhan’.
2.
‘Allah’
merupakan Tuhan penganut Islam yang bersifat tunggal/esa selaras dengan Surah
Al-Ikhlas di dalam Al-Quran yang bermaksud “'Dia-lah ALLAH, Yang Maha Esa. ALLAH, Tuhan tempat
meminta segala makhluk. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan
tidak ada sesuatu yang sekufu setara dengan Nya”.
3.
Nama ‘Allah’ tidak ada
disebut langsung dalam kitab suci agama Kristian sama ada Old Testament mahupun New
Testament. Nama Tuhan bagi umat Kristian ialah Yahweh atau YHWH (rujuk Lev 24:16),
tetapi
mereka dilarang menggunakan istilah tersebut. Manakala perkataan Tuhan (God) disebut dengan istilah Adonai, Eli, Eloi atau Elohim
(rujuk Matthew 27:460). Penggunaan kalimah Allah tidak pernah dan bukan sebahagian daripada
intipati integral kepercayaan dan perlaksanaan agama Kristian.
4.
Umat Kristian tidak dibenarkan untuk menggunakan nama Allah di dalam
terjemahan kitab suci mereka kerana kerana mereka mahu memakainya dalam bentuk uluhiyyah,
iaitu dalam bentuk i'tiqad atau aqidah yang bertentangan dengan
ajaran Islam iaitu berdasarkan konsep triniti - kepercayaan kepada The Father, The
Son and The Holy Spirit (Tuhan Bapak, Tuhan Anak dan Ruh Suci).
5.
Di
Indonesia, tempat kitab Bible yang menggunakan nama Allah bagi menterjemah
perkataan God yang kemudiannya
digunakan di Kalimantan/Borneo, umat Kristian di sana sendiri kini mengakui
bahawa kata ‘Allah’ merupakan nama khas Tuhan umat Islam. Antaranya Paderi
Jahja Iskandar yang telah menerbitkan buku “Mengapa Nama YAHWEH Semakin
Popular”. Menurut beliau, kata yang tepat bagi nama Tuhan sembahan orang
Kristian berasaskan bahasa asli Perjanjian Lama, iaitu Ibrani ialah ‘Elohim’
(hlm. 144, 145). Jika diterjemah ke bahasa Arab, maka kata yang tepat bagi
menggantikan ‘Elohim’ ialah ‘Ilah’ bukan ‘Allah’. Ini berasaskan terjemahan
paling awal ke bahasa Arab, iaitu Inskripsi Zabad, tahun 512M (hlm. 127).
6.
Yayasan
Lentera Bangsa (sebuah pertubuhan Kristian di Indonesia) telah menerbitkan Kitab
Suci-Indonesia Literal Translation (KS-ILT). Terjemahan Bible ini tidak lagi
tertera nama ‘Allah’ sebaliknya menggunakan ‘Elohim’ sebagai nama sembahan
orang Kristian. Menurut Paderi Jahja Iskandar, penggunaan nama Allah dalam
versi Terjemahan Baru Al Kitab (Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru) oleh
Lembaga Al-Kitab Indonesia adalah bertentangan dengan ketetapan Konferensi Para
Penterjemah Al Kitab Bahasa Indonesia pada tahun 1952 yang diadakan di Jakarta.
Konferensi tersebut menetapkan bahawa Nama Huwa/Hoewa/Johoewa hendaklah digantikan
dengan ‘Tuhan’.
7.
Nama ‘Allah’
telah digunakan oleh orang Arab sejak sebelum kedatangan Nabi Muhammad S.A.W.
kerana syariat bagi menyembah Allah telah diwajibkan sejak penciptaan Nabi Adam
A.S. dan Rasul-rasul yang seterusnya. Namun begitu, umat Arab yang beragama
Kristian tidak memanggil nama tuhan mereka ‘Allah’ sebaliknya ‘Bismil-Ābi wal-Ibni war-Rūḥil-Qudus’ (In the name of The Father, The Son and The Holy Spirit) sementara Jesus
(Nabi Isa) dipanggil sebagai ‘Al Masih’ atau ‘Yasu’.
8.
Masyarakat
Arab menggunakan nama allah ( الله) sebagai nama
umum untuk terjemahan perkataan ‘God’. Nama Allah ( الله) dengan tulisan yang sama
(Alif-Lam-Lam-Ha) turut digunakan untuk merujuk nama khas Tuhan bagi umat
Islam. Ianya merupakan konsep ‘uruf al-balad – kefahaman setempat yang
digunakan di Tanah Arab. Ianya sama seperti Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
yang mempunyai Nama Khas (proper noun)
dan nama am (common noun) tetapi
tulisan Arab tidak membezakan nama am dan nama khas bagi ( الله). Sebagai contoh, bush
sebagai nama am boleh diterjemah sebagai semak tetapi Mr. Bush sebagai nama khas
tidak boleh diterjemah sebagai Encik Semak.
9.
Tujuan
sesetengah pihak untuk tetap berkeras supaya kalimah Allah tetap digunakan di
dalam terjemahan Bible di Malaysia boleh difahami dengan merujuk kepada petikan
didalam majalah Christianity Today
(dikeluarkan di Chicago, Amerika Syarikat terbitan bulan Julai 2009) yang
dengan jelas menyatakan “penggunaan kalimah Allah (dalam terjemahan
versi Melayu-Indonesia) adalah suatu usaha strategik kalau bertujuan untuk
membuatkan mereka (umat Islam) memahami siapa Christ! Jika kalimah ALLAH tidak
digunakan akan menyebabkan umat Islam tidak akan membaca Bible!”.
(rujuk www.christianitytoday.com/ct/2009/august/14.15.html di mukasurat 2).
10. Missionary Kristian
seringkali menggunapakai nama Tuhan tempatan yang digunakan oleh penduduk di
sesebuah kawasan sebagai salah satu strategi untuk menyebarkan dakyah mereka
walaupun perkara berkenaan seringkali menimbulkan perselisihan faham dan
kontroversi. Antaranya ‘Son of Ishvara’
di selatan India sebagai rujukan kepada Jesus, Danishi (bermaksud ‘matahari ulung’) sebagai nama tuhan Kristian di
Jepun serta Appodius (nama tuhan suku
kaum asli Quehua yang beragama Kristian di Peru).
No comments:
Post a Comment